16. Kisah Nabi Zulkifli
October 28, 202418. Kisah Nabi Sulaiman
October 30, 2024[17/25] – Nabi Daud
Mahukah anda tahu…
1) Beberapa generasi selepas kewafatan nabi Musa, Bani Israel bagaikan tiada pedoman. Diorg mcm lost sehinggakan ada satu ketika tu Allah datangkan sampai 3 org nabi kpd mereka. Mereka telah lalui byk peperangan dan semuanya mereka kalah. Dlm satu peperangan tu, Bani Israel telah kehilangan harta yg paling berharga di tgn pihak lawan. Harta tu ialah sebuah peti yg berisi ayat2 keterangan Allah dan beberapa barangan peninggalan nabi Musa dan nabi Harun seperti pakaian nabi Musa dan sebagainya. Hilangnya peti tu membuatkan mereka makin lost dan lebih tersasar dari jln Allah.
2) Lebih kurang 500 tahun selepas kewafatan nabi Musa, Allah dtgkan nabi Yusha utk memberi panduan kpd Bani Israel. Bani Israel inginkan seorang pemimpin jadi mereka minta nabi Yusha utk lantik seorang raja dari kalangan mereka supaya mereka boleh berkhidmat kpdnya. Nabi Yusha berdoa kpd Allah dan Allah telah memilih seorang lelaki bernama Talut dari kalangan Bani Israel. Talut seorg yg berpengetahuan luas dan badannya sasa, dan dia lelaki paling tinggi dari kalangan mereka. Dari segi kebijaksanaan dan aspek fizikal, mmg Talut lah yg paling layak menjadi pemimpin. Bila dah dpt raja seperti yg diminta, Bani Israel ni tak nak pulak sbb Talut seorg yg miskin.
3) Kemudian, Allah turunkan peti harta Bani Israel yg hilang dlm peperangan dari langit sambil dibawa oleh para malaikat. Ia kembali menjadi milik mereka. Dgn ini, Bani Israel tak boleh menolak perintah Allah utk terima Talut sbg raja. Ni kira agreement Allah dgn Bani Israel. In the meantime, kaum Jalut sedang merancang utk berperang dgn Bani Israel. Kaum Jalut (aka Goliath) ni sejenis kaum yg berbadan besar dan kuat. Kalau rajin buat research pasal Goliath ni, rata2 menceritakan yg mereka ni kaum gergasi. Raja mereka bernama Jalut dan dia seorang gergasi yg paling besar dan kuat. Talut yg paling tinggi dlm kalangan Bani Israel tu pun kalau dibandingkan dgn Jalut, tingginya setakat bahu Jalut je. Dikatakan Jalut tu punyalah kuat, dia sorang je dah cukup utk menewaskan seluruh angkatan pihak lawan.
4) Talut memimpin seramai 80,000 org Bani Israel utk berperang dgn kaum Jalut. Otw ke medan perang, tentera Bani Israel berjalan merentasi padang pasir sehingga berjumpa dgn sebuah sungai. Mereka perlu menyeberang sungai tu tapi sebelum tu Talut berpesan kpd kaumnya bahawa Allah telah melarang Bani Israel dari meminum air sungai tu. Kalau minum setakat seteguk tu takpelah, tapi kalau minum bersungguh2, Talut kata baik balik jelah. Mereka takkan dibenarkan ikut Talut utk berlawan di medan perang. Bani Israel ni kan baru lepas berjalan merentasi padang pasir jd mereka sgt haus. Dlm 80,000 org tentera, seramai 76,000 dari mereka telah meminum air sungai tadi. Tinggal 4000 sahaja yg berjaya merentas sungai tanpa melanggar perintah Allah. Kemudian mereka nampak angkatan tentera Jalut yg sgt besar dan sgt ramai sehinggakan pergerakan mereka menyebabkan pasir berterbangan ke langit membentuk kepulan awan pasir. 4000 org tu pun jadi sgt takut, lebih2 lagi bila sedar yg bilangan mereka makin kecil. Kebanyakan mereka menarik diri dan tinggal seramai 314 org je yg masih nak pergi berperang.
5) Tentera Talut pun berdepan dgn sang gergasi Jalut yg menggerunkan. Jalut memegang perisai yg sgt besar sehingga menutupi seluruh badannya. Jalut menyeru kpd Bani Israel utk menghantar seorang yg paling berani utk berlawan 1-on-1 dgnnya. Jalut melaungkan panggilan tu sebanyak 3 kali namun tak ada sorang pun askar Bani Israel yg menyahut cabarannya. Tiba2 keluar seorang anak muda yg berbadan kecil bersenjatakan lastik getah di tgnnya. Dia berkata, “aku akan melawan kau, Jalut!” Pemuda tu bernama Daud. Jalut tgk pemuda tu dan berkata, “aku takkan berlawan dgn kau kerana kau seorang budak.” Daud mengambil 3 biji batu dan melastik batu2 tu ke arah Jalut. Salah satu batu tu terkena dahi Jalut, di antara matanya iaitu tempat yg Jalut paling lemah. Lalu Jalut si gergasi tu pun rebah ke tanah dan mati. Peperangan tu pun berakhir dan kemenangan menjadi milik Bani Israel. Kisah Daud & Jalut a.k.a ’David & Goliath’ yg amazing ni byk diadaptasikan dlm buku cerita, movie dan byk lagi.
6) Talut memerintah Bani Israel sehingga ke akhir hayatnya. Talut mengahwinkan anak perempuannya dgn Daud dan Daud menggantikan Talut sbg raja setelah kewafatannya. Allah angkat kedudukan Daud menjadi raja dan sekaligus mengangkatnya sbg nabi Allah utk menyebarkan ajaran Islam. Setelah berabad lamanya Bani Israel hidup dlm huru hara, akhirnya mereka dipimpin oleh seorg raja utk hidup dgn aman. Kitab Zabur diwahyukan kpd nabi Daud sbg panduan hidup umatnya. Dikatakan nabi Daud mempunyai suara yg sgt merdu, apabila dia membaca kitab Zabur, burung-burung turut menyanyi dgnnya. Nabi Daud juga mempunyai mukjizat boleh melenturkan besi dgn tgnnya. Nabi Daud sgt pandai membuat perisai dari besi.
7) Nabi Daud dan isterinya melahirkan waris iaitu nabi Sulaiman. Nabi Daud wafat pada usia 100 tahun.
By Sharifah Syazreen Al idrus