14 & 15. Kisah Nabi Musa & Harun
October 27, 202417. Kisah Nabi Daud
October 29, 2024[16/25] – Nabi Zulkifli
Mahukah anda tahu….
1) Nabi Zulkifli merupakan anak kpd nabi Ayub dan Rahma. Nama sebenarnya ialah Basyar dan dia digelar Zulkifli yg bermaksud ‘bertanggungjawab’ kerana sifatnya. Zulkifli merupakan seorang yg sgt bertaqwa kpd Allah dan sering beribadat.
2) Nabi Zulkifli berasal dari Damaskus, Sham (a.k.a Syria) dan hidup pada zaman pemerintahan seorang raja yg sgt alim. Raja tersebut amat disayangi rakyatnya. Ketika nabi Zulkifli masih muda, raja alim tersebut sudah sgt tua dan baginda tidak mempunyai waris. Pada satu hari, raja tu kumpulkan rakyatnya utk buat announcement. Raja tu berkata, “aku sudah tua, tak lama lagi aku akan pergi. Dan aku tidak mempunyai waris utk menurunkan takhta ku. Jadi aku akan pilih di antara kamu utk menggantikan aku sbg raja.”
3) Raja tersebut menetapkan syarat kpd sesiapa yg ingin mewarisi takhtanya. Syaratnya: org itu perlu memiliki sifat yg sgt sabar, sanggup berpuasa di siang hari dan beribadah di waktu malam.
4) Sang raja meminta sesiapa yg sanggup menjalani hari2 nya sebegitu utk angkat tgn. Dlm ramai2 rakyat jelata yg dtg berkumpul tak ada seorang pun yg angkat tgn kerana mereka merasakan syarat yg ditetapkan terlalu berat. Tiba2 seorang anak muda mengangkat tgn iaitu Zulkifli, anak kepada nabi Ayub. Kemudian dgn suara yg lantang, Zulkifli berkata, “hamba sanggup berpuasa di siang hari dan beribadah sepanjang mlm.” Raja tu tgk pemuda tu dan berkata, “wahai anak muda, kamu jgn permainkan kata2 ku. Perkara ini penting utk menentukan masa hadapan rakyat dan negeri ini.” Dgn tenang, Zulkifli pergi ke hadapan sang raja dan berkata, “wahai raja junjungan hamba, hamba bukan main2. Hamba akan melakukan syarat2 tersebut.” Raja tadi mengulangi syaratnya sebanyak 3 kali dan pemuda yg sama berjanji akan mematuhi syarat2 tersebut. Sang raja pun bersetuju mengambil Zulkifli sbg penggantinya.
5) Tak lama kemudian raja tua tu pun wafat dan seluruh rakyat bersedih. Zulkifli diangkat menjadi raja dan menjalani kehidupannya di dlm istana dgn penuh kesabaran, keimanan dan ketaatan beribadah kpd Allah seperti yg disyaratkan kpdnya. Nabi Zulkifli berpuasa di siang hari sambil menguruskan pentadbiran negerinya dan waktu malamnya dihabiskan dgn beribadah kpd Allah sehingga tinggal hanya sedikit masa utk tidur. Negerinya aman damai dan nabi Zulkifli disenangi rakyatnya kerana sifatnya yg tenang dan sabar.
6) Pada satu mlm, iblis menyamar sbg seorang lelaki tua dan telah dtg ke istana utk buat kacau. Dia mengadu yg dia mempunyai masalah di salah satu wilayah di bwh naungan negeri nabi Zulkifli. Dia buat kecoh, tak nak jumpa dgn penasihat raja, nak jumpa dgn raja directly. Ketika tu nabi Zulkifli sedang tidur. Dah lah masa tidurnya sgt singkat, diganggu pulak tu. Nabi Zulkifli pun berjumpa dgn org tua tu dan dgr aduannya. Nabi Zulkifli berkata kpd org tua tu utk dtg balik keesokan mlmnya, supaya nabi Zulkifli dpt selesaikan isu tu pada siang hari. Esoknya, org tua tadi berdegil tak nak dtg mlm dan dtg pada siang hari dan buat kecoh lagi kat si raja. Nabi Zulkifli dgn tenang meminta org tua tu utk berjumpanya pd waktu mlm setelah isu yg diadukan dpt diselesaikan. Tapi mlm tu dia tak dtg pun. Masuk hari ketiga, org tua tu dtg lagi utk buat kecoh. Kali ni dia tak dpt melepasi guard2 istana jadi dia berubah ke bentuk asalnya dan menyelinap masuk menembusi pintu2 istana dan berdepan dgn raja Zulkifli. Raja Zulkifli terkejut tgk rupa asal org tua tadi yg rupa2nya Iblis. Iblis actually sedang berusaha nak bangkitkan kemarahan nabi Zulkifli. Nabi Zulkifli berjaya menahan kesabarannya seperti janjinya kpd raja sebelumnya.
7) Ada suatu ketika Allah turunkan ujian kpd nabi Zulkifli. Ada sekumpulan pemberontak yg telah melanggar perintah Allah dan melakukan kerosakan di negeri nabi Zulkifli. Utk melawan kumpulan ni, the only way was by war. Nabi Zulkifli memerintahkan rakyat dan tenteranya utk ke medan perang. Namun mereka semua takut mati dlm perang. Mereka akan menuju ke medan perang kalau nabi Zulkifli dpt guarantee yg mereka tak akan mati. Nabi Zulkifli sgt sabar dan tak marah pun dgn kedegilan rakyatnya. Kemudian nabi Zulkifli berdoa kpd Allah utk menyelamatkan mereka ketika dlm perang. Allah menurunkan wahyu kpd nabi Zulkifli, “Aku telah mengetahui apa permintaan mereka dan aku telah mendengar akan doamu, maka semua itu akan Aku kabulkan.” Akhirnya peperangan itu dimenangi oleh nabi Zulkifli dan pengikutnya. Tiada seorang pun pengikutnya yg gugur dlm peperangan.
8 ) Nabi Zulkifli wafat pada usia 95 tahun di Damaskus, Syria. Namanya disebut beberapa kali dalam Al Quran. Allah berfirman, “Dan (ingatlah kisah) nabi Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka semua termasuk org2 yg sabar.” – refer Quran (21:85). And also, “Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa’ dan Zulkifli. Semuanya trmasuk org2 yg paling baik.” – refer Quran (38:48).
By Sharifah Syazreen Al Idrus