13. Kisah Nabi Shu’aib
October 26, 202416. Kisah Nabi Zulkifli
October 28, 2024[14&15/25] – Nabi Musa & Harun
Mahukah anda tahu…
1) Nabi Musa digelar Kalimullah yg bermaksud ‘orang yg bercakap dgn Allah’ kerana nabi Musa seorang nabi yg sgt istimewa yg sering bercakap dgn Allah. Warna kulit nabi Musa tidak cerah, agak gelap. Mempunyai rambut yg tebal dan badannya sasa dan dia sgt kuat – kalau dia tumbuk org, org tu boleh mati dgn sekali tumbukan. Bukan tu saja, nabi Musa ni pertuturan dia tak berapa clear sbb dia gagap. Nabi Musa lahir dari kalangan Bani Israel.
2) Sebelum tu, kita intro dulu asal usul Bani Israel ni. Bani Israel berasal dari keturunan 12 org anak nabi Yaakub (salah seorangnya nabi Yusuf) yg tinggal di Palestin, betul2 sebelah Mesir. Nabi Yaakub ni sebenarnya ada 2 nama, Yaakub dan Israel. Jadi mereka ambik nama Israel tu utk jadikan nama kelompok atau etnik mereka. Kalau korang boleh ingat balik dlm kisah nabi Yusuf ada menceritakan nabi Yusuf telah mengajak keluarganya utk tinggal di Mesir. Jadi Bani Israel ni bukan sahaja tinggal di Palestin tapi dah melimpah ke Mesir juga. Beberapa generasi lepas tu, lahirlah nabi Musa. Namun setakat time nabi Musa lahir, Bani Israel tak ramai, ada dlm 600,000 org. Bilangan yg kecik kalau dibandingkan dgn rakyat Mesir yg berjuta-juta org ramainya.
3) Pada satu zaman tu, Mesir diperintah oleh seorang firaun yg kaya, kejam dan menganggap dirinya tuhan. Rakyat Mesir dipaksa menyembahnya. Satu hari, firaun tu telah bermimpi api marak telah dtg dari Baitul Maqdis di Palestin menuju ke Mesir dan membakar semua rumah2 di Mesir kecuali rumah org2 Bani Israel. Firaun jadi tak keruan dan panggil semua ahli tilik dan penasihat2nya utk mentafsir mimpinya. Ahli tilik mentafsirkan yg akan lahir seorang bayi lelaki berketurunan Bani Israel dan suatu hari nnt firaun akan mati di tgn bayi lelaki itu. Firaun terus membuat undang2 baru iaitu setiap kali Bani Israel melahirkan bayi lelaki, bayi itu mesti dibunuh. Jadi dia hantarkan askar2nya utk menggeledah rumah Bani Israel dan bunuh semua kanak2 lelaki. Askar2nya akan buat ‘pembersihan’ tu setiap 2 tahun.
4) Ibu nabi Musa masa tu sedang hamil. Sepanjang 9 bulan tu dia mengelak dari berjumpa org dan hanya duduk di rumah, risaukan kalau org tahu dia sedang mengandung. Bila lahirnya Musa, dia jadi sgt sedih dan risaukan nyawa anaknya. Allah telah mengilhamkan kpd ibu nabi Musa utk menyusukan bayinya sehingga kenyang dan hanyutkan bayi tu di sungai. Allah telah berjanji ibu nabi Musa akan bertemu kembali dgn bayinya. Maka si ibu memasukkan bayinya ke dalam sebuah kotak dan menghanyutkan kotak tu di sungai. Ibunya menyuruh kakak kpd nabi Musa utk tgk ke mana kotak tu pergi sbb takut kotak tu hanyut ke arah org yg akan membunuhnya. Kakak nabi Musa pun berlari2 ikut kotak tu sampai setakat mana yg dia boleh nampak.
5) Takdir Allah, kotak tu hanyut ke istana firaun, the worst place to end up in sbb di situlah tempat dtgnya arahan utk bunuh bayi lelaki Bani Israel. Dan takdir Allah jugak, yg jumpa bayi tu adalah isteri firaun. Bila tgk je muka baby tu dia jadi syg dan disebabkan mereka tak ada anak sendiri, isteri firaun memutuskan utk membelanya seperti anak sendiri. Firaun of course tak bagi sbb dia yg arahkan askar2nya utk bunuh semua bayi lelaki Bani Israel tapi di istananya sendiri ada bayi lelaki Bani Israel. Tgk dari warna kulit bayi tu je dah tau tu Bani Israel. Isteri firaun berdegil dan ckp yg bayi tu buat dia happy dan tak mungkin bayi yg innocent ni boleh buat apa2 kat firaun. Firaun amat cintakan isterinya dan melihat isterinya begitu bahagia, dia pun terpaksa membiarkan bayi tu membesar di istananya, tanpa sedar yg satu hari nnt bayi tulah yg akan jadi musuhnya.
6) Firaun upah ramai ibu susuan di Mesir utk menyusukan Musa tapi Musa menolak kesemuanya. Allah telah menghalang Musa dari menyusu dari perempuan2 tu. Makin lama bayi tu semakin lemah dan firaun telah menghantar org2nya utk cari lagi perempuan yg boleh jadi ibu susuan. Berita telah sampai kpd keluarga Musa dan ibunya telah dibawa ke istana. Musa pun meminum susu ibunya. Firaun rasa pelik dan bertanya, “kenapa dia minum dari kamu? Siapa kamu?” dan ibu Musa berkata, “susu aku manis, tak ada bayi pernah menolak susu badanku.” Di sini Allah telah menunaikan janjinya utk temukan semula Musa dgn ibunya tapi tak ada siapa pun tahu. Malah Allah melindungi ibu Musa kerana setiap kali dia keluar masuk istana, sentiasa ada escort yg mengiringinya.
7) Nabi Musa membesar dgn sempurna di dalam istana. Dan di saat org ramai menyembah firaun walaupun mereka tak pernah berjumpa pun dgn firaun, Musa nampak sendiri segala imperfections firaun tu dan tahu yg obviously firaun tu manusia biasa dan tak layak disembah. Dlm hatinya dia sentiasa tahu bahawa Allah satu-satunya tuhan yg layak disembah. Pada suatu petang Musa sedang berjalan di kota Mesir dan terserempak dgn 2 org lelaki sedang bergaduh. Sorang dari Bani Israel dan sorang lg org Mesir. Musa cuba utk meleraikan pergaduhan tu pastu secara tak sengaja dia telah menumbuk lelaki Mesir tu dan lelaki tu terus mati on the spot. Musa pun berkata, “ini kerja syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yg menyesatkan” – refer Quran (28:15). Dalam keadaan panik, Musa melarikan diri kerana takut ditangkap pihak berkuasa. Sudahlah selama 18 tahun org2 Mesir berdendam dgnnya kerana dia satu2nya Bani Israel yg tinggal di dlm istana. Terutamanya firaun yg hanya menunggu masa utk menghalaunya dari istana. Bila Musa buat satu je kesilapan, itulah peluang mereka utk membalas dendam kpdnya.
8 ) Keesokan harinya, sedang Musa melarikan diri, dia terserempak lagi dgn lelaki Bani Israel smlm sedang bergaduh dgn lelaki lain pula. Musa geram sbb lelaki tu tak habis2 cari pasal dgn org dan disebabkan lelaki tu jgk dia telah bunuh seseorg tanpa sengaja. Musa tarik baju lelaki tu dan almost nak tumbuk dia kemudian lelaki tu pun berkata, “nnt dulu! Kau nak bunuh aku mcm kau bunuh lelaki smlm?!” Sbbkan mulut dia ni, skrg org ramai dah tahu yg Musa telah membunuh seseorg. Musa pun lepaskan lelaki tadi. Tiba2 dtg seorang pegawai istana yg rapat dgn Musa memberitahu yg skrg ni org2 Mesir dah start huntdown Musa dan dia nasihatkan Musa utk cpt2 larikan diri. Musa menjadi takut dan berdoa kpd Allah utk melindunginya – refer Quran (28:21).
9) Musa terus melarikan diri ke Madyan, kota nabi Shuaib. Dia berjalan beratus-ratus kilometer tanpa henti sampai koyak kasutnya. Dia tak ada makanan, dia cuma memakan daun2 sampai bibirnya menjadi hijau. Dia sampai di Madyan dgn tak berkasut, kelaparan dan kepenatan. Kemudian dia jumpa telaga air di mana org2 lelaki Madyan berkumpul utk mengambil air utk kambing biri2 mereka. Jauh di belakang, dia ternampak 2 org gadis. Musa pergi kpd mereka dan bertanya, “kenapa dgn kamu berdua?” Mereka berkata mereka sedang menunggu giliran utk mengambil air utk ternakan mereka. Mereka tak dpt minta bantuan org lelaki dlm keluarga mereka kerana bapa mereka sudah tua – refer Quran (28:23). Bila tgkkan keadaan, mmg sampai bila2 pun diorg takkan dpt air tu sbb mereka hanyalah 2 gadis, nak berebut air dgn lelaki2. Jadi nabi Musa yg gagah tu pun tolong ambil air utk ternakan 2 gadis tu.
10) Salah seorang gadis tadi berjalan tersipu-sipu malu dan berkata bapa mereka ingin membalas budinya. Musa segan utk melihat gadis2 tu jadi utk menjaga pandangannya, dia meminta mereka utk mengikutnya di belakang dan tunjukkan jalan. Dari mula2 Musa mulakan perjalanannya dari Mesir, dia terus-terusan berdoa kpd Allah utk mengampunkan dosanya dan meminta Allah permudahkan segalanya. Dan satu persatu Allah bantu. Berjumpa dgn 2 org gadis ni salah satu daripada bantuan Allah. Nabi Musa ceritakan kpd bapa kpd gadis2 td iaitu nabi Shuaib apa yg telah berlaku dlm hidupnya dan nabi Shuaib pun berkata, “jgn kamu risau, skrg kamu sudah selamat dari kaum yg zalim itu.” – refer Quran (28:25). Gadis2 tadi cadangkan kpd nabi Shuaib utk mengambil Musa bekerja kerana mereka perlukan tenaga kerja yg gagah perkasa dan amanah – refer Quran (28:26). Nabi Shuaib lamar nabi Musa utk berkahwin dgn salah seorang anak perempuannya, dgn syarat dia perlu bekerja mengembala kambing ternakan keluarga itu selama sekurang2nya 8 tahun sbg mas kahwin – refer Quran (28:27).
11) Setelah selesai perjanjian 8 tahun tu, nabi Musa pun berkahwin dgn salah seorang gadis tadi dan membawa isterinya pulang ke Mesir. Pada satu mlm, semasa dlm perjalanan, nabi Musa terlihat ada api yg sgt terang di atas gunung Tursina. Dia sgt tertarik utk pergi melihat api tu. Org lain tak nampak pun api tu, nabi Musa sorang je yg nampak. Kalau org lain boleh nampak api tu dah tentu ramai yg panjat naik gunung tu tapi tidak, cahaya api tu seolah-olah panggilan khas utk nabi Musa sorang je. Nabi Musa minta keluarganya tunggu di bawah sementara dia berlari panjat ke atas gunung utk tgk api tu. Malah dia kata, dia akan bawak turun api tu sikit utk keluarganya (sbb nak convince family dia yg dia betul2 nampak ada api atas gunung tu). Nabi Musa pun panjat dan panjat dan panjat sampai ke atas – refer Quran (28:29).
12) Tiba2 terdengar satu suara, “Wahai Musa, sesungguhnya Aku Allah Tuhan sekalian alam.” – refer Quran (28:30). Kalau kita kaji betul2 lenggok bahasa ayat Quran ni, kita boleh baca perasaan nabi Musa pada ketika tu. Dia sgt terkejut, takut, nervous, semualah. Tuhan yg dia sentiasa minta bantuan dlm doa2nya sepanjang hidupnya telah bercakap direct dgn dia! Kemudian Allah bertanya, “apa di tanganmu?” Kalau ikutkan, obviously Allah Maha Mengetahui. Allah tahu dah apa yg Musa tgh pegang. Tujuan Allah tanya tu adalah utk menenangkan Musa yg sedang dlm keadaan terkejut. Musa menjawab, “ini tongkatku. Kadang2 aku bersandar kepadanya. Aku gunakan ia utk memukul lalang. Dan ada byk lagi benda yg boleh aku buat dgn tongkat ni”, Panjang pulak nabi Musa jwb padahal Allah tak tanya pun tongkat tu utk apa. Nabi Musa jwb panjang2 sbb dia excited. Bukan selalu dia dpt bercakap dgn penciptanya. Dia jwb panjang2 dgn harapan dia dpt berbual dgn lebih lama. Kemudian Allah arahkan, “campakkan tongkatmu”. Tanpa berlengah2, nabi Musa terus campak tongkat tu. Dan secara tiba2 tongkat tu terus bertukar menjadi ular yg sgt besar dan bergerak laju. Nabi Musa yg baru je bertenang td terus meloncat takut! Dia nak cabut lari dah. Kemudian Allah berkata lagi, “Ambil ular itu dan jgn takut.” – refer Quran (28:31). Walau takut, nangis, menjerit mcm mana sekalipun, Allah telah turunkan arahan. Maka nabi Musa terus pegang ular tu dan ia kembali menjadi tongkat. Kenapa Allah lakukan semua ni kpd Musa? Sbb Allah nak dia jadi berani dan sentiasa percayakan bantuan Allah. Kemudian Allah perintahkan nabi Musa utk berdepan dgn firaun yg zalim utk mengajaknya bertaqwa kpd Allah. Kemudian nabi Musa meminta kpd Allah kalau dia boleh bawa saudaranya Harun utk bertutur bagi pihaknya (nabi Harun ni kekuatannya dia pandai bercakap). Allah berkata, “pergilah kamu berdua bersama ayat-ayat keterangan Kami, kamu berdua serta pengikut2 mu akan beroleh kemenangan.” – refer Quran (28:35). Allah izinkan nabi Musa bawak back-up (nabi Harun), Allah bagi assurance yg mereka akan menang, Allah siap bagi mereka bawak mukjizat Allah (dlm tongkat nabi Musa) walaupun nabi Musa tak mintak pun.
13) Nabi Musa dan nabi Harun memasuki Mesir dan terus dibawa mengadap firaun. Mmg dah lama firaun nak tangkap dan bercakap dgn Musa akhirnya dpt jugak. Nabi Musa dan nabi Harun perdengarkan ayat2 keterangan Allah kpd firaun dan berdakwah kpdnya utk beriman kpd Allah. Firaun menolak dan berkata tiada tuhan lain yg lebih agung dari dirinya. Firaun berkata kpd menterinya, Haman, utk membina bangunan batu bata yg tinggi supaya dia dpt melihat tuhan Musa – refer Quran (28:38). Itulah asalnya pembinaan piramid2 kat Mesir tu. Firaun cabar nabi Musa utk tunjukkan kekuasaan Tuhannya. Nabi Musa mencampakkan tongkatnya dan ia bertukar menjadi ular yg sgt besar dan panjang sehinggakan lidahnya boleh mencecah siling istana. Org ramai berteriak ketakutan. Firaun pun berkata, “sihir! Ini hanyalah sihir!” Kemudian firaun panggil semua ahli sihir kat Mesir utk battle dgn Musa. Battle tu ditetapkan pada hari perayaan Mesir di tgh kota, di mana org ramai akan berkumpul utk menyaksikan acara tersebut.
14) Pada hari battle of the magicians tu, ada at least 70 org ahli sihir yg dtg. Secara serentak, mereka campakkan tongkat mereka dan tongkat2 tu bertukar menjadi ular2 kecil. Seluruh kota menjerit2 ketakutan. Bagi mereka tu dah cukup terer. Kemudian Musa mencampakkan tongkatnya yg bertukar menjadi ular yg paling besar di situ dan ia memakan semua ular2 kecil yg ada. Semua yg melihat terkejut dan menjadi takut. Firaun turut menyaksikan kejadian itu. Semua ahli2 sihir menjadi takut dan berkata, “itu bukanlah sihir! Itu sesuatu yg lain. Kuasa yg lebih agung. Kami akan mengikut ajaran Musa dan beriman dgn Tuhannya!” Kemudian ramai org Mesir juga turut beriman kpd Allah. Firaun tak puas hati dan berkata yg ahli sihir tu semua menipu, yg mereka dari awal lagi dah berkonspirasi dgn Musa utk menipunya
15) Firaun berkata, “Berani kamu beriman kepada Allah sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya Musa itu ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; maka tahulah kamu akibatnya nnt. Aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semua!” – refer Quran (26:49). Ahli2 sihir dan rakyat Mesir yg baru je dpt hidayah Allah tu pun membalas, “kami tak takut dgn ugutanmu! Kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.” – refer Quran (26:50). Kemudian kesemua mereka yg sudah beriman dgn Allah ditangkap, dipotong kaki dan tgnnya, dipalang dan dibunuh. Selepas kejadian tu, utk mengelakkan nabi Musa dan pengikut2nya utk terus menggoyahkan takhta firaun, tentera firaun dikerah utk membunuh setiap anak lelaki dari Bani Israel dan membiarkan wanita mereka hidup. Dan firaun minta Musa juga dibunuh kerana takut akan lebih ramai org menjadi pengikutnya.
16) Kemudian dtg seorang ahli keluarga firaun yg dlm diam2 sudah beriman kpd Allah. Dia cuba nasihatkan firaun dan utk tidak membunuh Musa. Dia berkata, “kau bersusah2 nak bunuh seorang lelaki hanya kerana dia ckp Allah itu tuhannya? Biarkan dia hidup. Kalau dia menipu, penipuannya akan memakan dirinya sendiri. Tapi kalau dia berkata benar dan kau pula membunuhnya, habislah kau nnt.” Maka firaun dan penasihat2nya decide utk tidak membunuh Musa.
17) By this time, Bani Israel dah makin hilang motivation. Mereka depressed sbb makin ramai org mereka dibunuh. Nabi Musa berkata, “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa” – refer Quran (7:128). Kemudian mereka berkata kpd Musa, “apa bezanya? Sebelum kau dtg kpd kami, firaun menyeksa kami dgn membunuh bayi2 kami sbb tak mahu kau lahir ke dunia. Dan selepas kau dtg kpd kami, firaun masih menyeksa kami dgn membunuh anak2 lelaki kami, juga disebabkan kau.” Nabi Musa pun tenangkan mereka dgn berkata, “Allah akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi. Tengoklah nnt.” – refer Quran (7:129).
18) Kemudian Allah turunkan satu persatu hukuman ke atas firaun dan pengikutnya. Pertama, Allah turunkan kemarau yg amat dahsyat. Ladang tanaman org Mesir tak berbuah tapi ladang Bani Israel berbuah spt biasa. Kemudian org Mesir berjumpa dgn Musa dan berkata, “wahai ahli sihir, minta dari tuhanmu utk hilangkan kemarau ni. Jika hilang kemarau ni, kami akan beriman dgn tuhanmu.” Maka nabi Musa pun berdoa kpd Allah utk hilangkan kemarau di Mesir. Setelah cuaca Mesir kembali normal, org Mesir tak beriman pun kpd Allah, siap gelak lagi kat nabi Musa sambil ckp, siapa suruh percaya kami? Kemudian Allah turunkan pula bencana banjir. Habis rosak semua rumah org Mesir dilanda banjir namun rumah Bani Israel tak affected langsung. Org Mesir memanggil Musa lagi, “minta kat tuhan kau utk hilangkan banjir ni, kali ni kami tak akan mungkir janji utk beriman kpdnya.” Maka nabi Musa pun berdoa kpd Allah. Setelah banjir surut, org Mesir enggan beriman kpd Allah dan gelakkan Musa sekali lagi. Kemudian Allah turunkan berjuta2 belalang perosak sehinggakan waktu siang menjadi gelap sbb terlalu byk belalang berterbangan menutupi langit. Sekali lagi mereka minta Musa hilangkan bencana tu dan tetap tak beriman kpd Allah. Kemudian Allah turunkan malapetaka kutu. Berjuta2 kutu menyerang org Mesir dan membawa penyakit kutu. Sekali lagi mereka minta Musa utk hilangkan malapetaka tu dan setelah hilang, mereka tetap tak beriman kpd Allah. Kemudian Allah datangkan pula malapetaka katak. Katak dlm rumah, luar rumah, dlm makanan, dlm bantal, dlm baju, penyakit katak, hujan katak, segalanya katak lah. Sama jugak, minta tlg nabi Musa dan setelah malapetaka tu hilang, enggan beriman kpd Allah. And lastly, Allah turunkan malapetaka darah. Setiap kali org Mesir nak sentuh air, air tu bertukar jadi darah. Bila mereka nak minum, terminum darah. Nak mandi, mandi darah. Sehingga kehidupan harian mereka bergelumang dgn darah. Sepanjang hukuman2 Allah ni Bani Israel tak affected satu pun. They lived life normally in the midst of their Egyptian neighbours tgh hidup huru hara. Kemudian sama jugak, mintak tlg dari nabi Musa dan setelah malapetaka tu hilang, mereka mungkir janji utk beriman dgn Allah.
19) Raja2 Mesir zaman dulu mereka sentiasa berhias dgn segala jenis brg kemas – emas, intan, berlian, batu permata – atas kepala tak sah kalau tak ada takhta emas. Dan mereka ikat hamba2 abdi dan kerah mereka bina piramid dan segala benda yg ada kat Mesir dulu2. Firaun yg bongkak berkata kpd pengikut2nya. “Kenapa Musa tak ada satu pun emas di badannya? Dan kenapa dia tak mengikat para malaikat dgn tali utk menyembahnya? Lihatlah aku! Aku mengikat hamba2 ku dan mereka semua menyembahku, melakukan segala yg aku perintahkan!”
20) Nabi Musa kesal dgn betapa bongkaknya firaun. Dan dia berdoa kpd Allah, sambil nabi Harun mengaminkan doanya, “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.” – refer Quran (10:88). Kemudian Allah berfirman, “Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua” – refer Quran (10:89).
21) Kemudian Allah mengilhamkan kpd nabi Musa utk membawa Bani Israel keluar dari Mesir pada waktu mlm ke tepi lautan. Maka nabi Musa senyap2 kumpulkan Bani Israel pada waktu mlm utk lari dari Mesir. Mereka tanya, “nak pergi mana ni?”, nabi Musa ckp, “ikut je. Cepat!”. Berita ni sampai ke telinga firaun dan dia jadi marah. Firaun kata, “takpe, pagi nnt kita kejar mereka.” Kenderaan firaun dan tenteranya jauh lebih laju jadi pagi tu sekejap je mereka dpt kejar Bani Israel di tepi laut.
22) Firaun dtg dgn lebih 1.5 juta askarnya utk mengejar Bani Israel seramai 600,000 org. Apabila firaun dan tenteranya makin menghampiri, ada di kalangan Bani Israel yg ckp, “habislah kita!” Mereka dah mula risau. Nabi Musa tercari2 dari arah timur dan barat pantai, kat mana mereka boleh lalu utk menyeberangi laut. Kemudian Allah mengilhamkan kpd nabi Musa utk mengetuk laut menggunakan tongkatnya. Bila diketuk air laut tu, dgn kuasa Allah maka terbelah laut tu menjadi dua, membentuk laluan utk nabi Musa dan kaumnya berlari ke seberang laut.
23) Firaun dan tenteranya jadi takut. Bila tgk dua bahagian laut yg terbelah tu tinggi menggunung. Bani Israel pulak dah lari jauh nun, ada antara mereka yg dah sampai di seberang laut. Firaun pun berkata, “apa tunggu lagi? Kejar!” Dan mereka pun meluru masuk ke dlm belahan laut tu. Firaun sgt bongkak, dia yakin dia boleh sampai ke seberang laut. Nabi Musa dah sampai di seberang, lalu dia mengetuk semula air laut tu dan terus tertutup laluan tadi membanjiri askar2 firaun. Mereka menjerit terlolong dan akhirnya semua sekali tenggelam ke dasar laut.
24) Di saat akhir nyawa firaun ketika dia sedang lemas, firaun berkata dlm hatinya, “aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yg dipercayai Bani Israel, dan aku adalah dari org2 yg berserah diri” – refer Quran (10:90). Tapi pintu taubat dah pun tertutup utk firaun dan Allah tak terima taubatnya.
25) Kemudian bumi ludah balik mayat firaun. Dlm berjuta org yg tenggelam dlm laut, mayat firaun sorang je yg terapung. Allah berfirman, “Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!” – refer Quran (10:92). Mayat firaun diawet dan disimpan di keranda kat dlm piramid di Mesir, dan ia kekal sampailah skrg utk tontonan kaum manusia sbg pengajaran ttg kekuasaan Allah.
#ramadantales
By Sharifah Syazreen
Ramadhan 2018