12. Kisah Nabi Ayub
October 25, 202414 & 15. Kisah Nabi Musa & Harun
October 27, 2024[13/25] – Nabi Shuaib
Mahukah anda tahu….
1) Nabi Shuaib tinggal di kota Madyan, di mana penduduknya sgt bijak dlm bisnes. Mereka ni businessmen so mentaliti atau mindset diorg mmg fikir cara nak buat keuntungan je tanpa fikir psl undang2. Corrupted habis.
2) Kaum Madyan juga dikenali dgn kepercayaan mereka yg menyembah sebuah pokok yg digelar Al-Ayka. Oleh sbb penyembahan pokok ni, nama lain bagi kaum Madyan ialah kaum Ayka.
3) Kaum Madyan ni kuat menipu dlm bisnes. Antara contoh penipuan yg paling common: Mereka tipu timbangan – contohnya mereka caj harga 3 kilo gandum tapi senyap2 bagi 2 kilo je. Mereka campur air dlm susu supaya jd byk dan jual susu tu. Mereka kenakan cukai kpd setiap org yg lalu atau singgah kota mereka. Mereka paksa kaum nabi Shuaib utk ‘bend the rules’ dan ikut peraturan mereka; dan byk lagi.
4) Nabi Shuaib berusaha mengajak kaum Madyan kembali ke jalan Allah. Nabi Shuaib berkata, “Sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi seseorang sesuatu yg menjadi haknya. Dan jgn lah membuat kerosakan di muka bumi kerana Allah telah menjadikannya sebaik-baiknya.” – refer Quran (7:85). Dan jgn lah kamu duduk di setiap jalan dan mengugut/menghalang org dari beriman dgn Allah, dan kamu mahu mereka utk membengkokkan peraturan Allah utk mengikut peraturan kamu pula. Ingatlah semasa bilangan kamu sedikit, Allah telah menggandakan bilangan kamu sehingga menjadi ramai.” (7:86)
5) Lepas nabi Shuaib mengajak mereka utk kembali ke jalan Allah, mereka pulak yg mengajak nabi Shuaib utk join mereka dan invest dgn mereka kerana mereka boleh membuat nabi Shuaib menjadi kaya. Nabi Shuaib berkata kpd mereka, “walaupun hartaku tak sebanyak kekayaan kamu tapi harta yg aku ada ni halal. Kalau kamu fikir kamu boleh membeli aku dgn kekayaan, kamu salah. Tujuanku hanyalah utk berbuat sebanyak mungkin kebaikan.”
6) Nabi Shuaib terus-terusan berdakwah namun kaum Madyan benci dgn ‘proposal’ nabi Shuaib yg mengajak mereka utk berbisnes secara jujur dan gunakan harta utk kebaikan. Mereka rasa nabi Shuaib ni menjaga tepi kain org. Mereka nak enjoy dgn harta kekayaan mereka ke arah kemaksiatan dan mereka percaya yg agama dgn perniagaan tak ada kaitan – dua perkara yg tak masuk langsung. Mereka berkata, rugilah sesiapa yg ikut nabi Shuaib – refer Quran (7:90).
7) Nabi Shuaib berpesan kpd kaum Madyan utk takut kpd hukuman Allah dan ingatkan mereka tentang apa yg terjadi kpd kaum Ad, kaum Thamud dan paling dekat dgn mereka masa tu, kaum Lut. Nabi Shuaib ingatkan kembali mcm mana Allah telah menghancurkan mereka. Nabi Shuaib berkata, “bertaubatlah sebelum terlambat! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih.” – refer Quran (11:90).
8 ) Kaum Madyan jawab kpd nabi Shuaib, “kami rasa kau ni sama je mcm kami, tak kuat pun, tak special pun. Kami tak hormat pun kat kau. Kalau bukan disebabkan keluarga dan pengikut kau, dah lama kami rejam kau sampai mati.” Nabi Shuaib ada ramai jgk pengikut. Kalau mereka bunuh nabi Shuaib, pengikutnya akan memberontak dan habislah bisnes mereka. Kemudian mereka cabar nabi Shuaib, “kalau kau betul nabi yg diutuskan Tuhan, mintak je Tuhan kau hukum kami!” Nabi Shuaib dah tak boleh buat apa at this point sbb sama seperti kisah2 nabi sebelum ni, bila sesebuah kaum tu cabar kekuasaan Tuhan, that’s it. They’re done for. Maka nabi Shuaib pun berdoa, “wahai Tuhan kami, hukumlah antara kami dan kaum kami dgn keadilan, kerana Engkau sebaik-baik Hakim.” – refer Quran (7:89).
9) Kemudian Allah turunkan kemurkaan-Nya yg amat menyeksakan. Allah datangkan cuaca panas yg melemaskan. Kaum Madyan tidak dpt bernafas dlm kepanasan dan kurang udara tu. Mereka bagaikan mendidih akibat kepanasan yg amat sgt. Kemudian dlm kepanasan tu Allah datangkan sebuah awan. Mereka berlari2 ke bawah awan tu utk berteduh dari panas. Mereka tak tahu apa yg Allah akan turunkan dari awan tu. Allah turunkan bunyi Al-Saihah yg terlalu kuat (mcm explosion) sehingga menggoncang bumi di bawah awan tadi. Lalu matilah seluruh kaum Madyan dan jadilah mereka mayat-mayat yg tersungkur di tempat masing-masing. – refer Quran (11:94).
10) Sebelum tu Allah dah selamatkan Nabi Shuaib dan pengikut2nya. Apabila nabi Shuaib kembali ke Madyan dan lihat apa yg dah terjadi, dia berkata, “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu).” – refer Quran (7:93).
11) Seperti kaum Ad, kaum Thamud dan kaum Lut, binasalah kaum Madyan akibat mencabar kemurkaan Allah. Ingat guys, betapa bijaknya kita rasa kita ni sampai boleh putar belit undang2, ingatlah Allah tu jauh lebih bijaksana dan Allah sentiasa memerhati. Clever clever squirrel jump, one day fall to the ground also.
#ramadantales
By Sharifah Syazreen
Ramadhan 2018