Some Untold Stories by R Nadeswaran
October 26, 2009Abang Ash Yang Nakal
October 30, 200910 Langkah Tingkat Sistem Imun Badan
Amalan pemakanan yang baik sedikit sebanyak membantu anda membina ketahanan tubuh. Antaranya ialah
1. Teh
Pengambilan teh sangat membantu meransang sistem pertahanan badan. L-theanine yang terkandung di dalam teh akan ditukar kepada ethylamine di dalam hati di mana ia memainkan peranan penting dalam proses pertahanan badan.
2. Buah-buahan
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang baik untuk kesihatan. Tambahan lagi ia turut mengandungi antioksidan yang semulajadi yang berupaya meningkatkan pertahanan badan. Antaranya buah kiwi, mangga dan pisang.
3. Dadih
Ia banyak membantu kesihatan sistem penghadaman malah tahap kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Hal ini kerana bakteria baik yang ada di dalam dadih mampu merangsang sistem ketahanan tubuh.
hehe tak salahlah kalau aku selalu buat dadih untuk ash dan seisi keluarga. wakaka 🙂
4. Air kelapa muda
Air yang beralkali ini bermanfaat dalam mencegah H1N1. Anda disyorkan meminumnya 2 kali sehari selama 3 hari. Masyarakat Thailand mengamalkan meminum air kelapa muda ini dengan kurma. Iaitu direndam selama 2 jam sebelum diminum.
5. Sayur-sayuran
Makanan yang kaya dengan vitamin B6 bermanfaat dalam merangsang pengeluaran antibodi bagi melawan jangkitan. Ia termasuklah kobis cina, lobak merah dan sayuran hijau (sawi, bayam, kailan, kangkung)
Kobis dan sawi ini pun aku tak pernah miss beli setiap minggu. Kalau bayam itu kekadang saja beli, maklumlah aku seorang saja yang makannya.
6. Buah sitrus
Buah-buahan seperti oren, lemon dan limau bali mengandungi sitrik namun ia kaya dengan potassium yang sama sekali tidak menganggu sistem imunisasi badan.
7. Bunga lawang
Herba yang seringkali digunakan dalam masakan India ini merupakan salah satu bahan pembuatan Tamiflu, anti virus H1N1. Berikutan mangandungi asid shikimic dapat menghalang virus daripada terus merebak.
Aku selalu juga bubuh bunga lawang dalam masak tumis lada. Bukan setakat bunga lawang, jintan manis, jintan pedas, lada hitam..dan beberapa rempah ratus yang lain. Itu yang Papa Ash berselera. Tiap-tiap hari kena masak merah lada).
8. Epal hijau
Juga dinyatakan ketika diserang wabak, individu disarankan supaya memakan sekurang-kurangnya 6 biji epal hijau sehari.
9. Air kosong
Pertama yang kita sedia maklum, air kosong menjadikan kulit kita awek muda. namun ia juga dapat menghalang penularan H1N1. Kerana ia dapat menyingkir virus yang cuba membiak melalui sistem perkumuhan. Ia perlu diminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
10. Jintan manis
Air suam yang direbus dahulu dengan jintan manis dapat mencegah selsema. Malah, dalam masalah darurat ini, ia juga turut diamalkan dalam mencegah H1N1.
oo baru aku tahu. 🙂
(Pa&Ma)