9. Kisah Nabi Ishak
October 23, 202412. Kisah Nabi Ayub
October 25, 2024[10 & 11/25] – Nabi Yaakub & Yusuf
Mahukah anda tahu….
1) Allah ceritakan ttg kisah nabi Yaakub dan nabi Yusuf kpd nabi Muhammad dalam surah Yusuf. Boleh allocate dlm 30 minutes or less utk baca tafsir surah ni sbb sgt2 best penceritaannya.
2) Isteri pertama nabi Yaakub telah melahirkan 10 org anak lelaki dan isteri keduanya melahirkan 2 lagi anak lelaki iaitu Yusuf dan Binyamin. Nabi Yaakub dikurniakan mukjizat boleh mentafsir mimpi. Satu-satunya anak yg mempunyai kebolehan mentafsir mimpi sepertinya ialah anak kesayangannya,Yusuf. Nabi Yaakub tahu yg Yusuf akan menjadi seorang yg sgt istimewa jadi dia beri Yusuf lebih perhatian berbanding anak-anaknya yg lain.
3) Ketika Yusuf masih kecil, dia telah bermimpi matahari, bulan dan 11 bintang sujud kepadanya. Dia bangun dan terus cari bapanya. Dia tak faham apa maksud mimpi tu. Nabi Yaakub pesan kepadanya, jgn ceritakan kpd abg2 yg lain, takut mereka cemburu dan apa2kan Yusuf. 10 org abgnya mmg dah lama cemburukan Yusuf sbb Nabi Yaakub melebih2kan Yusuf – refer Quran (12:8). Oleh sbb masa tu Yusuf kecik lagi, dgn innocent-nya, dia pun cerita kpd abg2nya ttg mimpinya. Mereka gelakkan Yusuf dan pada masa yg sama semakin cemburukan Yusuf. Jadi mereka buat plan utk bunuh Yusuf dan lepas tu bertaubat semula – refer Quran (12:9)
4) Nabi Yaakub sentiasa mengawasi Yusuf dan tak pernah lepaskan Yusuf utk bermain dgn abg2nya. Bila abg2nya minta izin utk bawa Yusuf bermain bersama-sama, nabi Yaakub tak izinkan kerana risau mereka akan leka dan serigala akan memakan Yusuf. Abg2nya berjanji akan protect Yusuf kerana mereka sayangkan adik mereka tu. Nabi Yaakub pun izinkan. Jadi mereka pun bawa Yusuf ke suatu tempat jauh dari bapa mereka.
5) Otw tu mereka buli dan tolak2 Yusuf. Sampai ke suatu tempat yg sesuai utk bunuh adik mereka tu, salah seorang dari mereka bagi idea utk humbankan saja Yusuf ke dlm perigi yg ada kat situ dan tutup perigi tu. Pasti akan ada org lalu dan mengambil Yusuf – refer Quran (12:10). Oleh kerana mereka rasakan membunuh tu terlalu extreme, mereka pun bersetuju. Mereka bukak pakaian Yusuf dan tolak dia jatuh ke dalam perigi yg gelap tu. Kemudian mereka kotorkan baju Yusuf dgn cecair warna merah seakan darah.
6) 10 beradik tu pun pulang kpd bapa mereka sambil menangis dan berkata Yusuf sudah mati ditelan serigala. Alasannya, mereka terleka bermain dan berlari sehingga tidak sedar yg adik mereka telah hilang dimakan serigala. Kemudian mereka tunjukkan baju Yusuf yg berlumuran darah kpd bapa mereka. Sebagai org tua yg bijak pandai, nabi Yaakub tahu yg itu semua tak benar. Kalau betul serigala makan anaknya, kenapa baju Yusuf elok tak berkoyak? Nabi Yaakub sgt kecewa dgn anak2nya dan dia menjadi sgt sedih kerana kehilangan anak kesayangannya. Sedihnya berpanjangan sehingga berdekad lamanya.
7) Sementara itu, sekumpulan pengembara telah dtg ke perigi tadi utk mencari air. Apabila mereka naikkan gayung, yg mereka dapat bukanlah air tapi seorang budak yg cantik rupanya. Mereka bawa budak itu dari Palestin ke Mesir dan menjualnya di pasar dgn harga yg murah.
8 ) Walaupun dijual dgn harga yg murah, dgn kuasa Allah, menteri kewangan Mesir yg bergelar Al-Aziz (org paling berkuasa selepas raja Mesir) telah ditakdirkan pergi ke pasar tersebut dan membeli Yusuf utk menjadi hamba di istananya. Al-Aziz tak ada anak dan apabila melihat Yusuf, dia teringin membelanya bersama isterinya di istana. Maka Yusuf membesar di istana menteri tersebut. Al-Aziz sayang dan percaya kpd Yusuf seperti anak sendiri. Dia telah mengajar Yusuf ilmu pengurusan kewangan dan dia diamanahkan utk melakukan tugasan yg penting.
9) Apabila Yusuf semakin dewasa, dia menjadi seorang pemuda yg bijak, beriman dan yg paling menonjol, rupanya yg terlalu handsome. Sebuah hadis ada menceritakan nabi Muhammad telah bertemu dgn nabi Yusuf ketika Isra’ Mi’raj dan baginda describe kecantikan yg ada pada nabi Yusuf sbg separuh kecantikan dari seluruh dunia.
10) Satu hari, ketika Al-Aziz tiada di istana, isterinya yg cantik bernama Zulaikha, telah memanggil Yusuf masuk ke sebuah bilik. Zulaikha kunci semua pintu2 dan tingkap2 dlm bilik tu dan membuka pakaiannya kemudian panggil Yusuf merapatinya. Yusuf menolak dan berkata, “aku berlindung kpd Allah, sesungguhnya Allah sedang melihat.” – refer Quran (12:24). Zulaikha ditenggelami hawa nafsu dan mula mengejar Yusuf. Bermulalah adegan kejar-mengejar di mana Zulaikha telah mengoyakkan bahagian belakang baju Yusuf. Apabila Al-Aziz pulang ke istananya, dia terdengar bunyi bising dari dlm bilik dan hamba2 istana pun mula berkumpul, dia bukak pintu dan terlihatlah adegan kejar mengejar tu. Zulaikha terus menutup badannya dan tuduh Yusuf telah cuba memperkosanya dan dia patut dipenjarakan – refer Quran (12:25).
11) Yusuf berkata, “tidak! Dia yg cuba menggodaku!” Kemudian salah seorang ahli keluarga Al-Aziz yg juga telah menyaksikan adegan kejar-mengejar tadi berkata, “sekiranya baju Yusuf koyak di depan, Zulaikha berkata benar. Sekiranya baju Yusuf koyak di belakang, Zulaikha berbohong.” Dan didapati baju Yusuf koyak di belakang – refer Quran (12:27-28). Al-Aziz kecewa dgn isterinya namun tindakan yg diambil hanyalah dgn menyuruh Zulaikha bertaubat dan meminta Yusuf utk melupakan apa yg telah terjadi dan jgn ceritakan kpd sesiapa.
12) Rumours ttg Zulaikha menodai hamba istana tersebar dgn lajunya. Sebagai wanita yg berstatus tinggi, Zulaikha tak boleh biarkan org mengumpat pasal dirinya. Dia menjemput wanita di seluruh kota Mesir utk dtg ke majlis makan di istananya. Mereka dihidangkan dgn buah-buahan dan pisau buah. Bila para tetamu dah mula memotong buah, Zulaikha memanggil Yusof utk dtg mengadap. Apabila Yusof masuk ke dewan makan, mereka semua terpegun dgn ketampanan Yusof sehingga lupa segala yg sedang berlaku dan tak sedar yg mereka sedang memotong jari mereka sendiri. Kemudian mereka berkata, “ya Tuhan! Lelaki ini bukanlah manusia, dia seorang malaikat!” – refer Quran (12:31).
13) Zulaikha terus mentertawakan tetamu2nya dan berkata, “inilah orangnya yg telah membuat kamu semua mengutukku. Sekarang lihat diri kamu sendiri! Kamu juga tertarik dgnnya. Ya, aku telah menodainya dan dia telah menolak. Sekiranya dia menolak ajakan aku lagi, akanku humbannya dlm penjara.” – refer Quran (12:32). Tetamu2 tadi pun suruh Yusuf utk menerima Zulaikha. Yusuf berdoa, “ya Allah, aku lebih sanggup dipenjarakan daripada melakukan maksiat seperti yg diajak wanita2 ini” – refer Quran (12:33).
[11/25] – Nabi Yaakub & Yusuf ‘Alaihissalam (Bahagian 2)
Mahukah anda tahu…
..Sambungan
14) Bagi menutup aib keluarga, Al-Aziz memutuskan untuk memasukkan nabi Yusuf ke dalam penjara – Rujuk al-Quran (12:35). Nabi Yusuf berkongsi sel penjara bersama dua orang lagi banduan. Semasa dalam penjara, nabi Yusuf tidak putus beribadah dan berdoa kepada Allah dan setiap kali waktu makan, nabi Yusuf dapat mengagak dengan tepat makanan apa yang mereka akan dapat. Dua banduan tadi dapat merasakan sesuatu yang istimewa mengenai nabi Yusuf kerana baginda seorang yang beriman dan boleh mentafsir mimpi. Suatu hari, mereka menceritakan tentang mimpi mereka. Banduan pertama telah bermimpi memerah arak dan banduan kedua telah bermimpi beberapa burung mematuk roti dari atas kepalanya. Nabi Yusuf mentafsir, banduan pertama akan dibebaskan dan banduan kedua akan dijatuhi hukuman mati – Rujuk al-Quran (12:36). Dan benar, itulah yang terjadi ke atas mereka.
15) Apabila banduan pertama dibebaskan dan dibenarkan untuk kembali berkhidmat kepada raja Mesir, nabi Yusuf meminta dia berjanji untuk memberitahu raja Mesir tentangnya. Namun syaitan telah menyebabkan dia terlupa tentang nabi Yusuf selama 7 tahun – Rujuk al-Quran (12:42).
16) Tiba suatu masa, raja Mesir telah mengalami mimpi yang sangat aneh. Tiada tukang tilik atau penasihat yang dapat mentafsir mimpinya dan raja itu semakin runsing. Tiba-tiba bekas banduan tadi teringat akan nabi Yusuf, rakannya di penjara. Dia pergi berjumpa dengan nabi Yusuf di penjara untuk meminta bantuan.
17) Bekas banduan itu berkata, raja Mesir telah bermimpi 7 ekor lembu kurus memakan 7 ekor lembu gemuk, kemudian ada 7 batang gandum hijau segar dan 7 batang gandum kering. Nabi Yusuf berkata, “Mesir akan mengalami 7 tahun yang subur dengan tanaman. Makanlah dari hasilnya dengan berjimat dan simpanlah bekalan yang banyak untuk alami kemarau.” Bekas banduan tadi pun pulang ke istana dan sampaikan tafsiran mimpi tadi kepada raja Mesir. Raja Mesir sangat gembira dan kagum dengan tafsiran tersebut dan meminta supaya nabi Yusuf dibebaskan dan dibawa ke istana.
18) Nabi Yusuf menuntut keadilan ke atas dirinya dan raja Mesir pun memanggil Zulaikha datang mengadap. Zulaikha mengaku bersalah atas dakwaan terhadap nabi Yusuf. Baginda akhirnya terbukti tidak bersalah. Raja Mesir melihat ketelusan di dalam diri nabi Yusuf dan menawarkan baginda menjadi penasihat raja. Atas kebolehan yang dimilikinya dalam pengurusan kewangan, Yusuf minta kedudukan sebagai menteri kewangan.
19) 7 tahun kemarau pun tiba. Mesir satu-satunya negara yang mempunyai simpanan makanan yang mencukupi pada masa itu. Pada waktu yang sama, 10 orang abang nabi Yusuf telah merantau ke Mesir dari Palestin untuk membeli bekalan makanan. Nabi Yusuf sangat kenal dengan wajah abangnya namun mereka tidak mengenali nabi Yusuf.
20) Mereka mahu membeli gandum tetapi mahu membeli dengan kadar lebih daripada yang sepatutnya untuk adik mereka, Binyamin. Binyamin tidak ikut bersama kerana tidak mendapat kebenaran daripada bapa mereka. Nabi Yusuf telah menghalang pembelian gandum berlebihan tanpa bukti. Baginda meminta mereka kembali bersama adiknya sebagai bukti. Hal ini kerana jauh di sudut hati baginda ingin berjumpa dengan Binyamin kerana merindui adiknya itu.
21) 10 beradik tersebut pun pulang kepada nabi Yaakub dan memujuk bapanya untuk membenarkan Binyamin mengikut mereka. Nabi Yaakub yang masih menanti kepulangan nabi Yusuf sangat takut baginda akan kehilangan Binyamin pula. Selepas pujuk memujuk, akhirnya nabi Yaakub memberi kepada Binyamin. Baginda menasihatkan anak-anaknya untuk berpecah dan memasuki Mesir dari laluan berbeza [Rujuk al-Quran (12:67)] kerana anak-anak nabi Yaakub semuanya mempunyai rupa yang tampan. Jika mereka masuk bersama-sama, bimbang akan menarik perhatian orang ramai dan perkara tidak elok akan berlaku.
22) Apabila mereka kembali ke Mesir bersama Binyamin, nabi Yusuf menyambut mereka dengan sangat baik. Nabi Yusuf menjemput mereka makan dan bermalam di istananya. Baginda menyediakan 1 bilik untuk 2 orang dan mengajak Binyamin tidur di biliknya. Apabila tinggal nabi Yusuf dan Binyamin berdua, baginda memeluk rindu adiknya dan berkata, “Aku abangmu.”
23) Nabi Yusuf merancang untuk memberi pengajaran kepada abang-abangnya. Keesokan hari, sebelum 11 beradik itu pulang ke Palestin, nabi Yusuf memasukkan mangkuk penyukat diraja ke dalam beg Binyamin. Apabila pengawal istana memeriksa beg mereka, terjumpa alat penyukat tersebut. Abang-abang mereka berkata, “Tidak mustahil Binyamin mencuri kerana abangnya dahulu pun pernah mencuri.” Nabi Yusuf masih mengawal keadaan supaya tidak diketahui baginda adalah abang Binyamin. Kemudian, baginda memutuskan untuk tidak membenarkan Binyamin pulang kerana akan dihukum mencuri. Abang-abang mereka terus merayu keoada nabi Yusuf untuk melepaskan Binyamin kerana risaukan bapa mereka yang sudah tua itu akan menjadi lebih sedih. Mereka berkata, “Hukumlah kami tetapi jangan diambil adik kami.” Abang sulung mereka menyuruh yang lain pulang terlebih dahulu kerana tidak sanngup mengecewakan bapanya buat kali kedua. Maka 9 beradik itu pun pulang ke Palestin.
24) Apabila yang lain pulang tanpa abang dan adik, mereka menceritakan kepada bapanya bahawa Binyamin telah mencuri, nabi Yaakub yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Baginda terlalu banyak menangis sehingga matanya menjadi putih dan buta. Baginda berkata, “Kini aku kehilangan 3 orang anak.” Anak-anaknya tidak puas hati kerana bapa mereka selalu teringatkan nabi Yusuf yang telah lama hilang itu. Nabi Yaakub percaya janji Allah itu pasti. Mimpi nabi Yusuf semasa baginda kecil belum menjadi kenyataan maka baginda masih menantikan nabi Yusuf untuk melihat mimpinya menjadi kenyataan. Nabi Yaakub meminta anak-anaknya berjanji untuk mengumpulkan semula kesemua adik beradik mereka.
25) Mereka pun pergi semula ke Mesir dengan barang-barang yang ada. Mereka dan abang sulungnya berjumpa dgn nabi Yusuf dan berkata, “Wahai Al-Aziz, ambillah harta kami yang tidak seberapa ini dan pulangkan adik kami.” Nabi Yusuf pun berkata, “Sekarang kamu merayu padaku? Kamu semua ingat apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya suatu ketika dahulu? Kamu telah memisahkan mereka.” Abang-abangnya terkejut dan bertanya, “Adakah kamu Yusuf?” Mereka melihat nabi Yusuf telah menjadi orang yang sangat berjaya, sebagai pembesar negara! Kemudian mereka meminta maaf atas kesalahan mereka yang lalu.
26) Nabi Yusuf berkata, “Aku tidak akan menyalahkan kamu hari ini. Semoga Allah mengampuni kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.” – rujuk al Quran (12:92).
27) Selepas mereka menceritakan keadaan bapa mereka di rumah, nabi Yusuf berikan bajunya kepada abang-abangnya untuk disapukan ke muka bapa mereka. Kemudian baginda meminta mereka membawakan ibu bapanya ke Mesir. Mereka semua dijemput untuk tinggal bersama nabi Yusuf di Mesir.
28) Dalam perjalanan pulang ke Palestin, nabi Yaakub dapat merasakan bahawa nabi Yusuf sedang kembali kepadanya. Kaum nabi Yaakub mengatakan nabi Yaakub sangat obsesi kerana sering mengharapkan nabi Yusuf pulang. Apabila anak-anaknya pulang dan menyapukan baju nabi Yusuf ke muka nabi Yaakub, penglihatannya kembali pulih. Itulah mukjizat Allah. Kemudian mereka sekeluarga pun pergi ke Mesir semula.
29) Sampai di Mesir, nabi Yusuf menyambut keluarganya di istana. Baginda sangat gembira melihat kedua ibu bapanya yang sangat dirindui. Nabi Yusuf pada masa itu telah menjadi seorang yang berkuasa dalam negara, kaya-raya dan sangat rupawan. Baginda membawa ibu dan bapanya duduk di sebelahnya di atas takhta. Mereka semua sangat gembira. Nabi Yusuf berkata kepada bapanya, “Wahai ayah, inilah maksud mimpiku semasa aku kecil. Maha Pencipta sudah memakbulkan mimpiku!” Nabi Yusuf berdoa kepada Allah untuk mati dalam Islam dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang benar.
Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.