Tahun 2012. First time , my Hero menjejakkan kaki ke alam persekolahan opps pra-sekolah. Setelah bertahun, dan berbulan2 lebihnya dia menyebut hendak ke sekolah.. barulah kini hajatnya di tunaikan. Bukannya tak nak bagi dia sekolah seawal 4 tahun.. cuma kesian kat cikgu2 nanti. Dia masih belum berdikari sendirinya.
Alhamdulillah bermula 4hb Januari lalu, Abang Ash ke sekolah Pasti Al-Amin dengan jayanya. No cry at all. Malah dia lebih gembira dan happy. Siap nangis tak nak balik. Nak color lagi katanya.
Hari terakhir untuk tahun 2011, pergi kenduri di Bandar Baru Selayang. Kawan Papa a.k.a my husband.
Untuk sekian kalinya Asid pergi kenduri Anak Momi Pulau Pinang ni. Mula2 sampai, rasa macam ” betul ke majlis? ke orang lain punya ni?”. My husband said, eh betullah tuh. Tengok kete Tuan Rumah ni.
ok fine.
Majlis untuk jemputan kami di malam hari. Oklah kan. Tinggalkan arisha dengan Wan2, kami bertiga aje pergi. Ashraf makan nasi minyak + Kuah Kurma Daging Kambing dan Ayam goreng.. habis. Cayalah Babang minat benor dia gulai edisi mamak punya.
Asid pula.. suka giler Teh Tarik Panas nya.. super beb…
Aduhh semalam banyak tengok status facebook mengenai Episod Akhir Tentang Dhia. Macam-macam jenis status. Sedey.. Ucapan semoga bahagia sepenuhnya. Maaflah ek den memang langsung tak tengok citer ni sekali pun.
Bila dengar episod akhir tuh, barulah beria sikit nak tengok
*Ada juga komplen kata, menyayati cerita yang melalaikan tu.. khusyuk sangat. Kalau bab menyayati perjuangan-perjuangan saudara islam kita di Palestin dan sebagainya.. yang realiti tuh..takdelah sehebat ni. Allahuallam.
Cuti Sekolah ini adalah sikit kesempatan bawa anak-anak saudara dan adinda tercinta jalan-jalan semasa cuti sekolah diorang. Nak tunggu cuti sekolah my son Ashraf.. start tahun depan. hehe
Cuti sekolah baru-baru ini, bawa mereka dari kampung ke rumah den, selama 2 minggu rasanya. Bawa jalan2 ke tempat biasa2 aje. Banyak ada dirumah aje.. kesian.
Antara tempat jalan kami, ke I-City. Pertama kali diorg ke sini.. samalah juga dengan den. Pergi tengok lampu lip lap lip lap aje. Tak masuk pun dalam tempat salji tuh, mahal giler wei. nak murah datanglah sian hari.